Pembentukan kerajaan Pilihan_raya_negeri_Sabah_2018

Dalam pilihan raya umum 2018, WARISAN bersama dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) seri dengan 29-29 kerusi dengan Barisan Nasional dalam pilihan raya.[3] Jeffrey Kitingan dengan partinya Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di bawah Gabungan Sabah (GS) yang tidak sebaris dengan mana-mana dua pihak, telah memenangi dua kerusi dalam pilihan raya dan kemudiannya muncul sebagai pembuat keputusan bagi pembentukan kerajaan negeri dari dua pihak.[4] Kitingan kemudian berkeputusan berkumpulan dengan BN untuk membentuk gabungan kerajaan negeri dengan beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri manakala Musa Aman dari BN menjadi Ketua Menteri untuk 5 tahun lagi di bawah gabungan kerajaan yang baru.[5] Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila enam kerusi ADUN dari parti BN berikat Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tukar kesetiaanya kepada WARISAN, memberi Shafie kelebihan dengan 35 kerusi yang cukup untuk menubuhkan sebuah gabungan kerajaan negeri.[6] Awalnya, Musa Aman asalnya telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri berikutan bantuan dua kerusi dari STAR. Keadaan ini telah meninggalkan Sabah dengan dua Ketua Menteri yang memerintah, kali kedua dalam sejarahnya sejak pertikaian antara PBS dengan USNO pada 1980-an.

Keputusan peristiwa ini mencetuskan krisis perlembagaan di Sabah, dan keperluan mengkaji semula dan mengubah perlembagaan kini untuk mengekang "penukaran kesetiaan" ADUN, selepas istiadat angkat sumpah Ketua Menteri.[7] Empat kerusi ADUN lagi dari parti berikat BN UMNO dan UPKO menukar kesetiaan mereka kepada WARISAN pada 13 Mei 2018.[8][9] Yang di-Pertua Negeri (TYT) Juhar Mahiruddin juga meminta Musa letak jawatan,[10][11] walaupun Musa masih menekankan beliau masih Ketua Menteri yang sah.[12] Musa kemudian mengeluarkan sepucuk surat dari TYT bahawa beliau bukan lagi Ketua Menteri berkuat kuasa dari 12 Mei 2018 yang dihantar ke kediamannya pada 14 Mei 2018.[13][14]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_negeri_Sabah_2018 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-la... http://www.astroawani.com/berita-politik/adun-pemb... http://www.astroawani.com/berita-politik/upko-peca... http://www.astroawani.com/berita-politik/warisan-t... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://says.com/my/news/breaking-musa-aman-is-no-l... http://says.com/my/news/sabah-musical-chairs-to-en... http://www.theborneopost.com/2018/05/10/jeffrey-fo... http://www.theborneopost.com/2018/05/12/sabah-havi... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=125...